Wednesday, 3 October 2012

AKU ANAK PETANI


...Kehidupan di kampung bukanlah mudah bagi mereka yang sememangnya sudah lahir dan membesar di kawasan kota..namun,bagiku pula..hidup di kampung sangat tenang..saya seorang anak petani dan sejak lahir hidup dan membesar di kampung...kampung saya dinamakan sebagai kampung Takutan...ianya terletak kira-kira 28km dari pekan Ranau..walaupun kehidupan cuma sederhana,saya dapat menikmati suasana dan persekitaran yang sihat kerana dikelilingi dengan tumbuhan hijau...



Gambar ini diambil ketika saya dan keluarga melawat di ladang milik orang tua saya....padi yang masih hijau dan meliuk-liuk ditiup angin....sangat menenangkan mata dan jiwa......



Padi inilah yang menjadi sumber kehidupan warga kampung Takutan...untuk melaksanakan tugas sebagai seorang petani bukanlah mudah..perlukan kesabaran yang tinggi...usaha dan mampu bertahan di bawa sinaran mentari yang terik juga                   ketika hujan.....                                                             (Gambar padi Uncle Emin jiran ladang kami)

Selain daripada padi,orang tua saya juga mengusahakan kebun pisang untuk menjana pendapatan keluarga dan bagi membiayai kami adik-beradik yang masih belajar....

Dari sudut khasiat pula,pisang ini kaya dengan "potassium" yang membantu kiranya kita mengalami "sembelit" atau lebih senang lagi "kesukaran untuk membuang air besar"...


(pisang berangan di kebun bapa saya)




"dragon Fruit"...antara tanaman yang ada di kebun bapa saya...saya kurang mengemarinya tetapi sangat teruja apabila melihat ia berbuah...kata orang ianya berbuah hanya sekali dalam setahun.....







Nanas juga terdapat di kebun orang tua saya...tidaklah banyak tapi cukup untuk dimakan seorang...hehehe....



terung bulat juga terdapat di sini.....saya tidak pernah merasanya dibuat sayur tapi orang bilang ia lebih sedap berbanding terung ungu....tak tahu kalau informasi ini betul atau tidak. 


kulat...tidak boleh dimakan tetapi cantik menambahkan lagi keindahan pemandangan alam semulajadi disini..

kehidupan kami bersaudara memang sudah sangat biasa dengan persekitaran di kampung yang sememangnya sudah menjadi darah daging kami...walaupun penat tetapi ianya suda menjadi sebahagian daripada hidup kami...



adik lelaki dan abang saya dalam perjalanan ke ladang...jalannya tidak lagi gelap seperti dulu kerana sudah ada jalan yang lebih baik telah dibuat.....tempat ini bakal menjadi "QUARRY" tidak lama lagi....




Ini yang saya maksudkan..ini adalah "Sign Board" tapak QUARRY..siap dengan nombor telefon dan alamat kampung lagi....













percaya atau tidak tapi inilah kenyataannya...pokok kecil ini ialah pokok Epal...mama saya cuma mau cuba saja tapi percubaannya berjaya apabila Epal yang ditanamnya tumbuh....tapi masih belum menghasilkan buah....











saya sempat bergambar dengan pokok getah yang masih kecil ini...sekarang ini,kami sudah mula mengusahakan getah pula...selain itu kami juga mengusahakan koko...dan kami berharap dengan apa yang kami lakukan ini akan menghasilkan sesuatu yang mampu merubah kehidupan kami pada suatu hari nanti.......





Demikian lah serba sedikit kisah saya dan keluarga..hidup di kampung banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan...membesar tanpa kemewahan dan hidup dengan hasil hutan...walaupun kini saya sudah bekerja di bandar namun hidup di kampung sentiasa dalam hati...jika ada kesempatan,saya tetap akan balik da meluangkan masa besama keluarga.......

1 comment:

Unknown said...

Ada potensi jd wartawan ni... :-)