Sungai Mokodou Bahagian atas
Suasana yang asli dan tenang ini mampu memberi kita kepuasan untuk menenangkan fikiran disini.
Dengan hanya mendengar deruan aliran air sungai menjadi "therapy" bagi jiwa yang sedang bercelaru.Bukan saja untuk mandi - manda,sungai ini membekalkan air bersih bagi penduduk.Kebimbangan tentang kehabisan air di kampung ini tidak pernah melanda walaupun kemarau tiba kerana Sungai Mokodou masih ada untuk mengalirkan air buat seluruh penduduk kampung Takutan.
Pernah suatu ketika dahulu musim kemarau melanda namun sungai ini tidak pernah kering malah terus mengalirkan air bagi keperluan penduduk.
Sungai Mokodou bahagian bawah
Sungai ini juga dihuni oleh berbagai-bagai jenis ikan air tawar yang segar. Walaupun sungai Mokodou Ini ditagal dan di larang untuk menagkap ikan di sini,namun ada bahagian lain Sungai ini di mana penduduk kampung boleh menangkap ikan dan membuat aktiviti rekriasi seperti "picnic" atau memasang jerat seperti "Bubu".
Matildah Matius
Susantira Apin sedang menikmati kesejukan air sungai..
Aktiviti berke;ah bersma rakan-rakan
Bukan sahaja aktiviti berkelah boleh dilakukan disini malah pengambaran juga menjanjikan "Background" yang menarik bagi mereka yang ingin melakukan penggambaran.Kehijauan alam serta air sungai yang jernih memberi imej yang sangat menarik.tak percaya??...jom tengok Contoh gambar dibawah..
Wedding Outdoor Shooting ~Samson and Presley~
Wedding Outdoor shooting
Wedding Outdoor Shooting ~Samson and Presley~
Pemandangan dari setiap sudut mampu memukau mata memandang.Walaupun sungai Mokodou ini Masih belum di promosikan oleh sesiapa sebagai tapak pelancongan namun keinginginan untuk memperkenalkan nya kepada dunia pelancongan itu ada.
Andai suatu hari nanti,Sungai mokodou ini menjadi tapak pelancongan,Saya sebagai salah seorang penduduk kampung Takutan menjadi sangat bangga.Walaupun banyak kekhuatiran mengenai kebersihan sungai kiranya sungai ini menjadi tapak pelancongan,jika ada pengurusan yang benar-benar baik dan teratur mampu mengekalkan kebersihan serta keindahan Sungai tercinta ini.
Biarlah keindahan yang ada ini kita kongsi bersama tanpa sebarang persengketaan. Sama-samalah kita menjaga Khazana alam serta anugerah alam yang sangat indah ini dengan sikap keterbukaan dan saling mendengar pendapat antara satu dengan yang lain bagi tujuan kemajuan kampung kita yang tercinta. Sungai ini bukan milik sesiapa walaupun kita ini penduduk Kampung Takutan kerana ia diciptakan untuk mengalirkan air bukan untuk penduduk sekitarnya sahaja tetapi juga kepada mereka yang memerlukan iaitu makhluk lain yang juga memerlukan air untuk hidup.
By, Babbyantih Apin S